Assalammualaikum
Mood masih dalam cuti walau dah mula naik bertugas.
Hush..malasnye..Task yang tak pernah habis. Bossssaaaannn tahap
gile..huh..Totally cuti2 kali nie bersantai dirumah meluangkan masa untuk pengarang jantung my little baby, Atuf dan cuti kali
nie mood mengemas datang untuk Ramadhan yang bakal menjelang nanti..
Mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna dan barakah buat diri dan
sekeluarga. Berharap juga Syawal nanti adalah syawal yang terbaik buat saya. Amin.
So, bile dah spent time kat rumah of courselah kene
masak2 kan. Disebabkan aktiviti mengemas sangat sangat memenatkan maka aktiviti
masak kene lah yang simple saja. Alkisahnya jadilah ayam percik saya yang
sangat simple dan sedap hingga menjilat ibu jari kaki…hehehe..tekan lif pastu
naik sendiri.
Resepi yang sangat simple dan buat sang pemalas macam
saya..kuikuikui..
Bahan-bahannya:
1 bahagian peha ayam
3 ulas bawang merah kecil
3 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih
6 tangkai lada kering
1cm halia
1cm kunyit
1 batang serai
½ cawan santan
2 sudu minyak
3 sudu air asam jawa
2 daun limau purut
Cara menyediakannya
1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyak kemudian masukkan buah pelaga
sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah
minyak.
4. Masukkan santan, air asam jawa, daun limau purut
dan ayam.
5. Masukkan garam, mr. aji dan gula sesedap rasa.
6. Kacau sekali sekala dan angkat ayam bila dah
separuh masak.
7. Masukkan ayam dalam pemanggang atau ketuhar.
8. Panggang sehinga masak.
9. Kuah percik tadi biarkan sehingga pekat dan hidangkan bersama ayam yang dipanggang.
10. Siap.