Assalammualaikum...
Salam Aidilfitri buat semua.
Semoga Ramadan yang berlalu memberi sejuta rahmat buat kita semua. Mohon maaf
zahir dan batin andai ada terkasar bicara dan perbuatan yang kurang
menyenangkan. Alhamdulilah syawal kali ini disambut dengan suasana meriah dalam
kesederhanaan. Syukur sekali lagi akhirnya, cuti raya saya diluluskan juga. So
sempatlah menyediakan juadah raya. Menu
raya tahun ini, sangatlah simple. Selain lemang dan rendang, pagi raya just
sempat buat nasi beriani tuk sanak saudara yang datang. Kuih raya pun tak
sempat nak buat. Tempahan kuih raya pun x ambil. Tahun ini saya lebih kepada persiapan Ramadan
berbanding syawal. Ramadan yang sangat bermakna dan penuh ketenangan.
Masih lagi dalam mood Syawal
dan tengah melalui fasa “Open House” sana sini. Huh..sarat perut. Tu tak kira
lagi undangan majlis perkahwinan. Bertindih-tindih. Tak tau nak kejar yang mana
satu. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Sabtu lepas kami sekeluarga ke Kuala
Krau, Jerantut Pahang. Penatnya lahai. Terasa jauh bile drive sendiri. Tambahan
lagi jalan berbukit2 dan pemandangan kelapa sawit sesaje..So hari minggu, saya
just duk kat rumah menunggu kawan2 datang beraya lagi..hehehe.. Menu tuk dorang
yang last minute informed nak datang rumah kali nie hanyalah Nasi Hujan Panas
dan Ayam Kurma je. Hope all of you enjoyed my food.
Ha..Nie dia Nasi Hujan saya.
Tak berapa nak panas lah..kakaka..lambat sangat korang datang Yatie. Penat
tunggu tau. Apapun tq sebab datang dan sempat kite bergosip jemah kan.hehehe..
K nie resepi Nasi Hujan Panas
saya yang sangat simple dan siap
tak sampai 1 jam pun. Meh cube
meh
.
BAHAN-BAHANNYA :
2 Cawan beras
1 biji tomato (Dipotong dadu)
1 batang serai (dipecahkan)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 ½ cawan beras
½ cawan susu cair / susu segar
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
2 sudu besar minyak zaitun
Pewarna makanan (hijau dan
merah)
CARA MENYEDIAKANNYA :-
2. Kemudian
masukkan beras dan tomato yang telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya.
3. Masukkan
kiub pati ayam dan gaul sebati dengan
beras yang digoreng.
4. Kemudian
masukkan beras ke dalam periuk dan tuangkan air dan susu.
5. Masak
seperti masak nasi biasa dan apabila nasi telah masak, lubangkan permukaan nasi
dengan menggunakan sudu dan titiskan warna sedikit mengikut warna yang disukai.
6. Tutup
kembali periuk selama 5 minit dan kemudian gemburkan nasi dengan menggunakan
garpu.