Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Selasa, 20 September 2011

~~~@ MEE SOTO @~~~


Wordless!! Sumber resepi dari Blog kak Azlita...Direct copy paste.. Time kasih atas resepi yang gojes nie..hihi..
BAHAN-BAHANNYA :-
 
1 ekor ayam - dipotong 4 - 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2
3 s/b rempah sup/ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cwn air atau secukupnya
1 bungkus mee kuning
 
TUMIS :-

Rempah tumis - 1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btng serai - di titik
2 cm lengkuas - dititik

KISAR :-

1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia



CARA MEMBUATNYA :-

1. Goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
3. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
4. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
5. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
7. Rebuskan mee kuning selama 2 minit dan toskan. Hidangkan mee tadi bersama kuah soto tadi.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan