Menu orang malas lagi sekali.. :)
BAHAN-BAHANNYA :-
500g mee kuning
6 tangkai daun bawang
1 batang lobak merah ( hiris memanjang)
2 biji lada besar ( hiris nipis)
2 biji telur ( pukul manje2 je)
100g isi ayam ( hiris nipis)
3 fish cake ( hiris nipis)
5 ulas bawang putih ( ketuk manje2 je)
3 labu bawang merah kecil ( hiris nipis)
3 sudu besar sos tiram
2 kiub pati ayam knor
2 sudu tepung jagung ( larutkan dengan 3 sudu air)
1 liter air
CARA MEMBUATNYA :-
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan hirisan ayam, fish cake dan sos tiram. Tumis sebentar.
2. Masukkan air ke dalam tumisan dan biarkan ianya mendidih. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau sebati.
3. Tuang perlahan-lahan telur sambil dikacau. Kemudian masukkan bahan perasa (garam dan ajinamoto). Masukkan lobak dan daun bawang. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung tadi. Siap!!
Selamat mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan