Salam Isnin buat yang sudi singgah blog kite nie. Lately, kite memang sangat kurang berblog tapi sangat suke jelajah blog orang. Jadi silient reader jap. Blog yang wajib di jelajahi sekarang adalah blog Blog Ben Ashaari. Sebab ape suke g terjah blog nie. Sebab suke baca kegembiraan empunya blog yang baru di kurniakan baby boy yang super cute. Sambil2 tu belajar macam mane nak "Kebolehpasaran Blog" nie. Boleh gitu...hehehe..Last week, kite cube nk "upgrade" blog nie. Mule2 buat macam best tapi bile masuk sejam, mood merudum jauh ke dasar "KEMALASAN" yang amat sangat. Otak pun jadi Ting Tong akibat x de idea. Itu yang jadi hodoh semacam blog nie. Maybe nanti nak tukar balik bile ade mood nanti. Buat sementara nie Redha jelah ape yang ade nie.
So, untuk hari yang indah nie kite kongsi kan resepi yang mudah tapi seriously sangat best dari Cik Siti Delima yang sangat popular di Majalah Mingguan Wanita tu. Terima kasih sebab sudi kongsi resepi tuk kami cube. Kalau dulu mampu beli je. Sekarang dah boleh buat sendiri. Terima kasih sekali lagi Cik Siti Delima. Moga dimurahkan rezeki lagi dimasa akan datang.

Kite kongsikan resepi nie dari Resepi Cik Siti Delima tuk kalian semua. Selamat mencube.
Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Cara menyediakan :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur bersama air.
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.

6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.
* Kite terus kisar semua bahan kecuali perwarna. pastu tapis.. :)..
Ini membawa makna saya sangat MALAS.. :))
Selamat Mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan