Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Isnin, 21 November 2011

PEACH CREAM CHEESE BUTTER CAKE


Assalammualaikum...
Wah...kite sangat teruja nak share resepi yang best nie...
X tipu..serius..sangat2 sedap..
Rase lemak krim keju yang menguja rasa..
Bile gigit tang buah peach 2 sangat juicy..
Terasa kat cloud 9..
Wow...jangan buang masa lagi..
Meh cube resepi nie..



BAHAN-BAHANNYA :-

1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
2 1/4 cawan tepung naik sendiri diayak 
250gm butter
250gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur

CARA MEMBUATNYA :-
 
1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang 
2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi.
4. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
5. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
6. Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
7. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
8. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.


* Untuk mengelakkan buah peach mendap kebawah semasa dibakar. Gaul buah dengan tepung  kemudian baru  diletakkan kedalam adunan sebelum dibakar. Insya Allah, buah peach tidak mendap ke bawah.

SELAMAT MENCUBA!!


1 ulasan: