Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Khamis, 24 November 2011

CHOCOLATE DOUGHNUT


Assalammualaikum...

Wah! hari nie kite breakfast ngan donut...
Coklat lagi...
Hehehe...
Dh lame praktis buat donut nie macam kak ngah kite slalu buat..
Tapi hasilnya menghampakan..Harap gebu je..tapi x lembut...
Semalam menuntut lagi cara buat donut yang gebu dan lembut nie...
Alhamdulillah jadi..
Sangat lembut dan best sesangat...
Terima kasih angah sebab ajar cara nak buat donut yang best nie..hehehe
Jangan lupe cuba tau..
Meh sini kite kongsi resepi donut yang best nie kat bawah..


BAHAN-BAHANNYA :-

1 cawan air 
1 1/2 cawan tepung gandum,
1/2 paket yis mauripan
2 sudu susu pekat manis
2 sudu marjerin
Coklat masakan


CARA MEMBUATNYA :-

1. Masukkan air dan yis dalam satu bekas dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis dan digaul sebati di ikuti oleh marjerin.
3. Masukkan tepung kedalam bancuhan dan digaul sebati sehingga tidak melekat di tangan. Sekiranya bancuhan agak cair tambahkan sedikit tepung.
4. Canaikan adunan dan terap menggunakan acuan donut dan mengikut bentuk yang kamu suke.
5. Rehat kan donut lebih kurang 10 minit dan boleh digoreng dalam minyak panas.
6. Angkat dan ketepikan donut apabila ia kelihatan kekuningan.
7.  Cairkan donut dengan menggunakan kaedah double boiling.
8. Celupkan donut separuh bahagian didalam coklat cair.

* Boleh juga salutkan donut menggunakan icing sugar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan