Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Jumaat, 11 November 2011

CURRY CHICKEN PIE


Assalammualaikum...

Malam tadi kite buat pie ayam....
Nielah akibatnye suke dok bertandang dapur maya kak azlita..
Slalu tergode dengan semua masakan die..
Pandang pie die sangat mengiurkan...
So kite pun try jugak lah...
Tapi kite wat yang dalam bekas kecil2 cenggini..
Senang nak makan skit.. 

Kite copy paste resepi doh kak ita disini.. Cume resepi inti pie kite buat resepi sendiri.. Jom cek resepi...


BAHAN-BAHANNYA :-
 
Doh

150gram butter
280gram tepung gandum 
1 biji kuning telur dipukul 
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus
sedikit air ice
 
CARA MEMBUATNYA :-
 
1. Gaulkan tepung dengan gula halus  dan garam hingga rata.
2. Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dan mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
4. Bahagikan doh kepada dua. Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.
5. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. 
6. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
7. Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara kita buat lapik tutup pie pula.
8. Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama.
9. Ini adalah untuk membuat penutup pie kita. Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi
.
10. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh tadi.
Inti 
1 ayam kisar jenama Ramly
1 tin kacang peas Ayam brand
1 tin kecil jagung manis Ayam Brand
1 biji bwang merah (hiris baji)
3 ulas bawang putih (dadu)
1 biji tomato (dadu)
2 cili merah besar (buang biji dan hiris nipis)
lada kering ( potong nipis2)
3 sudu besar  serbuk kari
1 sudu mix herb
CARA MEMBUATNYA :-
1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada kering sehinggga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan tumis seketika. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati. 
3. Masukkan kacang peas, jagung, hirisan lada merah besar, tomato dan herba campur. Gaul sebati.
4. Perasakan dengan bahan perasa (garam dan ajinamoto). Masak sebentar dan ketepikan.





 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan