Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Isnin, 21 November 2011

RENDANG AYAM CILI PADI


Assalammualaikum...

Kali nie kite nak share resepi  rendang ayam..
Rendang ayam ni kite makan ngan nasi serai 2....
Teringin nye pasal nak makan rendang...
Tapi nie ala2 rendang biase je..X de letak rempah pun..
Serbuk kari pun kite x letak..
Best sesangat..
hehehe..
Jom cek resepi kat bawah..




BAHAN-BAHANNYA :-

1 ekor ayam saiz kecil je (potong ikut suke)
300ml santan  ( 1 biji kelapa)
3 sudu besar kerisik
1 1/2 labu bawang merah*
5 ulas bawang putih*
lada api (ikut suke nak pedas mana) kite gune dekat 40 biji lada api*
7cm kunyit hidup* 
4cm halia*
4cm lengkuas*
2 batang serai *
2 batang kecil kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun kunyit / daun limau purut (hiris nipis) 
Bahan perasa (Garam & ajinamoto)
3 keping asam gelugur kering

CARA MEMBUATNYA :-

1. Kisar halus bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing.
4. Masukkan ayam dan tumis sehingga air ayam kering kemudian barulah dimasukkan santan.
5. Perasakan dengan bahan perasa dan asam keping dan kacau rata. Tunggu sehingga kuah kelihatan pekat baru dimasukkan kerisik. Gaul rata dan masukkan daun kunyit.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan