Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Khamis, 29 Disember 2011

LALA TUMIS BERLADA


Assalammualaikum..:)

Pagi semua..
Mai sini semua..kite nk kongsi resepi lala yang best nie..
Salah satu makanan kegemaran kite..
Tapi kene cuci bersih2 dulu..
Kene buka satu2 lala 2..

Sebabnya???? 

 Ade lumpur kt dalam 2..
Takut termakan lumpur je..
Haru lak jadinya..hehe

Ok Skrol ke bawah..
Cek resepi simple mimple nie.. :)


BAHAN-BAHANNYA :-

500g lala
15 biji lada api (ditumbuk lumat)
1cm halia (dadu)
4 ulas bawang putih (dadu)
3 biji lada merah besar (dadu)
1 batang saderi ( hiris)

CARA MEMBUATNYA :-

1. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan lada api dan tumis seketika.
2. Masukkan lala dan perasakan dengan bahan rasa.
3. Masukkan hirisan batang saderi dan lada merah besar. Tumis sehingga masak.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.









2 ulasan: