This is my own recipes. Resepi nie hasil percubaan
pertama. Idea from my sis, Miss Leny.. Die nak makan something different like
chineese cooking.. A little bit of crunchy and sticky. Dah die nak..so I make
it.. Simple jelah.. Before that, just nak buat sup cendawan jew..but my sis
suruh buat sup sayur cendawan yang tidak
terlalu pekat di taburkan kacang. When she bite, she can feel the crunchy
inside the soup. But this is the awesome recipe. So for the best crunchy, I make
the fried popia. Simple popia with black paper chicken as a filling.. The
popia I just deep in soup . Let check the recipe..
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
1 bahagian dada ayam ( dipotong nipis)
cendawan tiram
secukupnya
cendawan enoki secukupnya
Hirisan nipis lobak
Daun bawang (Dipotong panjang)
4 ulas bawang putih ( didadu halus)
2 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
1 sudu kecill serbuk lada hitam
3 sudu besar bancuhan tepung jagung
Bahan perasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan
minyak kemudian tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan hirisan ayam dan tumis sehingga ayam ½ masak,
Masukkan serbuk lada hitam, kicap manis dan sos tiram. Gaul sebati.
3. Masukkan cendawan tiram dan layurkan dan perasakan dengan bahan
perasa.
4. Pekatkan masakan dengan bancuhan tepung jagung.
5. Gaulkan sehingga pekat dan masak.
6. Di atas kulit popia susunkan sayuran dan filing
ayam. Gulung popia dengan kemas dan boleh digoreng.
BAHAN-BAHAN SUP SAYUR :
1 mangkuk cendawan tiram dan cendawan enoki
Hirisan lobak (ikut suka nak banyak mana)
3 ulas bawang putih ( didadu halus)
2 tangkai daun bawang
1 kiub pati ayam knorr
1 sudu kecil minyak bijan
kacang tanah ( beli yang ready made jer) Pecah2kan je
Tauhu telur (Potong dan gorengkan)
Bancuhan tepung jagung
Bahan perasa
CARA MENYEDIAKAN :
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau menggunakan sedikit minyak bijan.
2. Masukkan air dan tunggu sehingga didih.
3. Kemudian, masukkan kiub pati ayam dan larutkan. Perasakan dengan bahan perasa.
4. Langkah berikutnya, masukkan sayur dan tauhu telur.
5. Pekatkan kuah sup dengan bancuhan tepung jagung.
6. Hidangkan sup dengan taburan kacang.
Selamat mencuba dan jumpa lagi di entri yang berikutnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan