Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Isnin, 10 Oktober 2011

DAGING LADA HITAM



Ade air liur jatuh kt keyboard x tengok gambo kat atas nie...hahahaha...Saje je nak cuit rase sayang2 semua tuk cube resepi kite nie.. Sonang je nie.. Rugi tak cuba..x caye cube teropong kt bawah nie..


BAHAN-BAHANNYA :-

500g daging lembu/kerbau/kambing/ayam (potong kiub/nipis ikut suke)
3 sudu kecil lada hitam (tumbuk lumat / kasar ikut suke)
6 ulas bawang putih ( pecah manje2 je)
2 labu bawang merah besar (hiris kasar)
3cm halia (hiris panjang2)
1 biji capsicum
2 biji tomato
Daun bawang (potong panjang)
Batang saleri (potong serong)
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap cair manis (best kipas udang)
1/4 cawan air asam jawa
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak bijan

CARA MEMBUATNYA :-

1. Campur kedua-dua minyak dan tumis bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan tambahkan air juga air asam untuk melembutkan daging. Tunggu sehingga airnye tinggal lebih kurang 1 cawan.
3. Kemudian, masukkan kicap,dan gaul sebati. Perasakan dengan bahan perasa (garam & ajinamoto) kemudian pekatkan kuah dengan larutan tepung jagung. Gaul sehingga agak pekat.
4. Masukkan capsicum, tomato, hirisan bawang merah dan daun bawang. Tumis dalam 2 minit dan angkat. Sedia dihidangkan.


* Kanak-kanak amat menyukainye..:)


 

2 ulasan:

  1. mcm masakan hotel la...rasanya sy jumpe mskan ni kat hotel la...hehe

    BalasPadam
  2. haish...malu nie...hahaha..rasenye masakan kite belum sampai taraf hotel lagi..

    BalasPadam