Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Selasa, 18 November 2014

Lemak Cili Padi Tulang

Assalammualaikum


I'm Back..Weeeee..  :) Setahun yang penuh dugaan demi dugaan...Semoga hari yang mendatang ditemani kekuatan dan ketabahan juga kesabaran. InsyaAllah.. By The Way, permulaan entri yang pertama tuk tahun nie..Opss..dah hujung taun baru ada entri..wakaka.. Nak buat macam mane mood x mari.. Yang pasti duit Nuffnang masih kiching2 lagi.. Alhamdullilah.. TQ Nuffnang..

So untuk yang kali nie  just  share resepi yang sangat simple.Semangat nak masak Lemak Cili Padi Tulang.. Awal pagi ke pasar tani beli tulang + daging cincang. Dalam tengahari ready to eat.


Jom cube resepi nie.

BAHAN-BAHAN :

1kg tulang(lembu//Kerbau)
1/2kg daging cincang
2 cawan santan kelapa
*Lada api (ikut tahap kepedasan)
*6cm kunyit hidup
*3 batang serai (Pecah-pecahkan)
3 biji kentang (Belah 4)
1 helai daun kunyit
Bahan perasa

CARA MENYEDIAKAN :

1. Rebus daging dan tulang hingga empuk
2. Tumbuk bahan bertanda *
3. Satukan bahan yang telah ditumbuk, kentang ke dalam air rebusan tulang tadi sehingga kentang empuk.
4. Kemudian masukkan daging dan tulang dan bahan perasa.
5. Kecilkan api dan curahkan santan kedalam gulai dan tunggu sehingga masak

"Selamat Mencuba"




Khamis, 22 Ogos 2013

NASI HUJAN PANAS


Assalammualaikum...

Salam Aidilfitri buat semua. Semoga Ramadan yang berlalu memberi sejuta rahmat buat kita semua. Mohon maaf zahir dan batin andai ada terkasar bicara dan perbuatan yang kurang menyenangkan. Alhamdulilah syawal kali ini disambut dengan suasana meriah dalam kesederhanaan. Syukur sekali lagi akhirnya, cuti raya saya diluluskan juga. So sempatlah menyediakan juadah raya.  Menu raya tahun ini, sangatlah simple. Selain lemang dan rendang, pagi raya just sempat buat nasi beriani tuk sanak saudara yang datang. Kuih raya pun tak sempat nak buat. Tempahan kuih raya pun x ambil.  Tahun ini saya lebih kepada persiapan Ramadan berbanding syawal. Ramadan yang sangat bermakna dan penuh ketenangan.

Masih lagi dalam mood Syawal dan tengah melalui fasa “Open House” sana sini. Huh..sarat perut. Tu tak kira lagi undangan majlis perkahwinan. Bertindih-tindih. Tak tau nak kejar yang mana satu. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Sabtu lepas kami sekeluarga ke Kuala Krau, Jerantut Pahang. Penatnya lahai. Terasa jauh bile drive sendiri. Tambahan lagi jalan berbukit2 dan pemandangan kelapa sawit sesaje..So hari minggu, saya just duk kat rumah menunggu kawan2 datang beraya lagi..hehehe.. Menu tuk dorang yang last minute informed nak datang rumah kali nie hanyalah Nasi Hujan Panas dan Ayam Kurma je. Hope all of you enjoyed my food.

Ha..Nie dia Nasi Hujan saya. Tak berapa nak panas lah..kakaka..lambat sangat korang datang Yatie. Penat tunggu tau. Apapun tq sebab datang dan sempat kite bergosip jemah kan.hehehe..

K nie resepi Nasi Hujan Panas saya yang sangat simple dan siap  tak  sampai 1 jam pun. Meh cube meh

.


BAHAN-BAHANNYA :

2 Cawan beras
1 biji tomato (Dipotong dadu)
1 batang serai (dipecahkan)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 ½ cawan beras
½ cawan  susu cair / susu segar
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
2 sudu besar minyak zaitun
Pewarna makanan (hijau dan merah)

CARA MENYEDIAKANNYA :-

 1.  Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga, daun pandan dan serai sehingga naik bau.

2.       Kemudian masukkan beras dan tomato yang telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya.

3.       Masukkan kiub pati ayam  dan gaul sebati dengan beras yang digoreng.

4.       Kemudian masukkan beras ke dalam periuk dan tuangkan air dan susu.

5.  Masak seperti masak nasi biasa dan apabila nasi telah masak, lubangkan permukaan nasi dengan menggunakan sudu dan titiskan warna sedikit mengikut warna yang disukai.

6.       Tutup kembali periuk selama 5 minit dan kemudian gemburkan nasi dengan menggunakan garpu.