Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Sabtu, 14 Januari 2012

PASTA LALA BERSAMA SOS KRIM CENDAWAN

Assalammualaikum...


Balik keje semalam..dapat pesanan dari my sis..
Nak makan pasta katenye..
Dah dua kali order x dapat2 gak ..hehehe
kesiannye..
So malam tadi gigih kan diri..
Belikan barang2 yang diperlukan tuk pasta nie..
Hopefully my sis happy with ur pasta..

Bon Appetite!!!


BAHAN-BAHANNYA :-

Pasta angel hair  secukupnye (rebus)
2 ulas bawang putih (dadukan)
1/4 cawan bawang bombay(dadukan)
3 kuntum cendawan butang (dadukan)
1 cwn heavy cream
1/4 cwn susu segar
1/4 cwn keju parmesan (parut)
1/4 stok ayam
50g lala
Brokoli
Parsley 
Minyak zaitun
Bahan perasa

CARA MEMBUATNYA :-

1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang bombay sehingga naik bau.
2. Masukkan heavy cream, stock ayam dan susu segar diikuti cendawan dan tumis sehingga mengelegak.
3. Masukkan lala dan masak sehingga kulit terbuka kemudian dimasukkan pasta diikuti brokoli dan parsley. Gaul sebati dan perasakan dengan bahan perasa juga taburkan keju parmesan. Sedia dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!!!




 





Khamis, 29 Disember 2011

LALA TUMIS BERLADA


Assalammualaikum..:)

Pagi semua..
Mai sini semua..kite nk kongsi resepi lala yang best nie..
Salah satu makanan kegemaran kite..
Tapi kene cuci bersih2 dulu..
Kene buka satu2 lala 2..

Sebabnya???? 

 Ade lumpur kt dalam 2..
Takut termakan lumpur je..
Haru lak jadinya..hehe

Ok Skrol ke bawah..
Cek resepi simple mimple nie.. :)


BAHAN-BAHANNYA :-

500g lala
15 biji lada api (ditumbuk lumat)
1cm halia (dadu)
4 ulas bawang putih (dadu)
3 biji lada merah besar (dadu)
1 batang saderi ( hiris)

CARA MEMBUATNYA :-

1. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan lada api dan tumis seketika.
2. Masukkan lala dan perasakan dengan bahan rasa.
3. Masukkan hirisan batang saderi dan lada merah besar. Tumis sehingga masak.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.