Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Isnin, 31 Oktober 2011

APAM DAUN RAMBAI @ APAM JOHOL


 Projek hujung minggu...
Hujung minggu yang banyak kite habiskan bertapa didapur comel itu..
Kite berekspiremen dengan lautan salji tepung yang menggunung..
Tambahan pulak..
X tau nk g mane dalam keadaan cuaca yang asyik hujan nie..
 Better dok kt rumah..
Layan cite tamil sebarang dua..kakakaka..
Layan kan je..hehehe..
Dah tu cite yang ade weekend2 yang sangat boring..

Sambil2 layan tamil movie tuh..
Pekena minum petang yang simple mimple nie..hehehe
Makan hangat2...tersangatlh best..
Mai jenguk resepi kt bawah nie..


 BAHAN-BAHANNYA :-

300 g tepung gandum
2 sudu marjerin
100 gula merah ( larutkan dengan 1 1/2 cawan air)
2 sudu besar  gula pasir
1/2 bungkus ibu roti mauripan
Daun rambai secukupnya

CARA MEMBUATNTA :-

1. Satukan marjerin dengan tepung sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan ibu roti dan gula pasir ke dalam tepung.
3. Tuangkan larutan gula melaka yang telah ditapiskan kedalam adunan sedikit demi sedikit. 4. Bancuhan adunan jangan terlalu cair. Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda / perap sehingga 3 jam - 4 jam sebelum dibalut dengan daun rambai yang telah dibersihkan.
5. Sebelum dibalut dengan daun rambai, permukaan daun hendaklah disapukan minyak masak sedikit kemudian baru diletakkan bancuhan adunan. 
6. Letakkan 3/4 penuh adunan pada daun. Ini kerana adunan akan mengembang apabila dikukus.
7. Kukus kuih selama 20 minit atau sehingga masak.






SELAMAT MENCUBA!!!



2 ulasan: