Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Jumaat, 21 Oktober 2011

TALAM SUJEE



Juadah minum pagi dan petang kite.. Pakej ok..
Membazir tu amalan syaitan..
Ayat penyedap hati.. Owhhh tidak!!

Orang buat satu bancuhan
kite buat 2 bancuhan
Suke derhaka resepi
Padahnya..
Hahahaha..

Apep pun, resepi nie dari blog CMG. The best recipe!! Kite copy paste bulat2  kat sini k..

Mai cube resepi nie..



BAHAN LAPISAN BAWAH :-
 
90 gram sugee @ semolina*
225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)
110 gram gula halus (mat letak 100 gram)
1 biji telur
100 ml santan pekat
125 ml air
Beberapa titik pewarna kuning
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

BAHAN LAPISAN ATAS :-

150 gram gula melaka, potong kecil*
25 gram gula pasir*
250 ml air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
75 gram tepung gandum
1 1/2 biji telur (mat letak 1 biji + 1 kuning telur)
125 ml pati santan
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-
 

1. Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan. 

2. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus. 

3. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan