Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Isnin, 12 Disember 2011

SIAKAP 3 RASA


Assalammualaikum..

Rindu nk nak taip entri..
Dua minggu lamenya kite STOP masukkan entri blog...
Banyak resepi yang tertunda nk di masukkan..
waaaaaaaaaaaa..rindu giler..
Dah lame tak bercerabih nie  (aka membebel)  ...hehehe...
Okey..kite mulakan aktiviti bercerabih nie ngan aktiviti kite smlm...
Ahad lepas, kite g shopping pinggan mangkuk, barang dapur  dan segala bagailah..
waaa..kite suke...treatment jiwa..hehehe
Kite ingat nk g tgk2 je..
tengoknye tengok...
kite berkenan..
check akaun bank..
masih boleh dikorek lagi nie..kakakaka...
Abis sudah....
Dan kite x sedar waktu yang berjalan 2..
Sekali abah call tanye kt mane..Baru perasan dah kul 7...
Ape pun x boley nie..hehehe
Menu makan tengahari jadi menu makan malam..
Hmmm...senyum kambing je lh bile kene perli..
Dan terhasillah siakap 3 rasa versi pantas dan ringkas...
Walau pun ringkas tapi amat menambat selera seisi keluarga...
Nanti korang cuba tau..
Sangat sedap....:)



BAHAN-BAHANNYA :-
 1 ekor siakap  bersaiz besar (lumurkan dengan tepung jagung+garam+lada sulah)
15 biji lada kering*
1 labu bawang merah besar*
1 labu bawang merah besar (dihiris kasar)
6 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 ikat ketumbar (hiris kasar)
1 biji tomato ( Dadukan)
2 biji lada benggala kuning & merah ( dadukan)
1 cawan air
2 sudu jus limau / cuka makan
Daun bawang
Gula+garam

 CARA MEMBUATNYA :-

1. Ikan digoreng didalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat.
3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
4. Masukkan 1 cawan air dan jus limau. Biarkan mendidih seketika.
5. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar, tomato dan lada. Tumiskan seketika.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tuangkan bahan tumisan tadi di atas ikan dan sedia dihidangkan. Taburkan hirisan daun bawang.

"SELAMAT MENCUBA"




1 ulasan: