Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Ahad, 6 Mei 2012

AYAM BERLADO

Assalammualaikum..

Entri basi tuk hujung minggu.. :P Malas  nak update blog petang nie.. Cuaca sejuk dan mate kantuk gile..Duduk rumah sorang ari nie..x tau nak buat ape..nak berbual pun x tau nak berbual ngan sape. Cakap sorang-sorang kang orang kate gile. hihihi.... Masak ari nie pun makan sorang-sorang je..Sunyi nyer..So gigihkan diri kuar g cyber cafe kt area rembau nie..Maklumlah kt Kampung x de network coverage. Entah bile lah kt kampung nie nk dapat  coverage..Jenuh asyik nk keluar je.. 
Arrrggggg...x de idea ler kite nak bebel kt sini..lagu feeling2 je kt sini..Idea beku.. Resepi nie, resepi asal mak kite. Resepi yang sangat mudah dan tak kurang hebat rasenya. Sesuai sesangat untuk makan dengan nasi putih. Hopefully, u all sudi cube resepi nie.. Lihat resepi di bawah.

Bahan-bahan :

10 peha ayam
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1cm halia*
1  mangkuk kecil lada kering*
2 batang serai
2 sudu kecil kicap manis
3/4 cawan air asam jawa
Rempah tumis (4 sekawan) 
Garam, gula dan ajinamoto

Cara menyediakan :

1. Bahan bertanda * dikisar sehingga lumat.
2. Panas minyak dan tumis rempah tumis dan serai sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
6. Gaul sebati sehingga masak dan sedia dihidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan