Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Ahad, 6 Mei 2012

AYAM BERLADO

Assalammualaikum..

Entri basi tuk hujung minggu.. :P Malas  nak update blog petang nie.. Cuaca sejuk dan mate kantuk gile..Duduk rumah sorang ari nie..x tau nak buat ape..nak berbual pun x tau nak berbual ngan sape. Cakap sorang-sorang kang orang kate gile. hihihi.... Masak ari nie pun makan sorang-sorang je..Sunyi nyer..So gigihkan diri kuar g cyber cafe kt area rembau nie..Maklumlah kt Kampung x de network coverage. Entah bile lah kt kampung nie nk dapat  coverage..Jenuh asyik nk keluar je.. 
Arrrggggg...x de idea ler kite nak bebel kt sini..lagu feeling2 je kt sini..Idea beku.. Resepi nie, resepi asal mak kite. Resepi yang sangat mudah dan tak kurang hebat rasenya. Sesuai sesangat untuk makan dengan nasi putih. Hopefully, u all sudi cube resepi nie.. Lihat resepi di bawah.

Bahan-bahan :

10 peha ayam
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1cm halia*
1  mangkuk kecil lada kering*
2 batang serai
2 sudu kecil kicap manis
3/4 cawan air asam jawa
Rempah tumis (4 sekawan) 
Garam, gula dan ajinamoto

Cara menyediakan :

1. Bahan bertanda * dikisar sehingga lumat.
2. Panas minyak dan tumis rempah tumis dan serai sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
6. Gaul sebati sehingga masak dan sedia dihidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"

Selasa, 1 Mei 2012

AYAM MENTEGA KACANG

Assalammualaikum....
 
Firstly, kite ucapkan "Selamat Hari Pekerja" buat semua yang makan gaji di Malaysia dan di seluruh dunia.hihihi.. Termasuklah kite sendiri.. Mesti semua orang ambil kesempatan nie bt aktiviti yang korang suke bersama orang tersayang.. Tahukah anda, kite amat mencemburui kamo-kamo semua sebab dapat cuti? dan tahukah kamo-kamo semua kite spent time ngan blog tersayang je hari nie.. Still keje macam biase..Waaaaaa!!!! Pagi-pagi terpaksa cakap "Sorry" kat Abah tersayang sebab x dapat spent time sama2 ngan adik2 yang lain. Dahlah 2..siap pinjam kete abah lagi g keje sebab kelisa comel kite "DEMAM" hari nie. So, kite berterima kasih kat abah sebab sudi anta servis Kelisa 2. Walau abah tak bukak blog nie tapi kite tau abah sayang kite sangat2 dan kite tau juga abah tau kite sayang die sangat2..Hopefully, kelisa 2 kembali tersenyum seperti slalu :).. 

Resepi nie kite dapat idea dari dapur ibundo. Di resepi ibundo, penulisnya menggunakan mentega kacang dalam ayam masak merah mentega kacang. Bile tengok gambar  yang ade kat blog penulis tu kompom sedap. Ingat nak cuba jugak tapi akibat rase malas nak kisar bahan-bahan tu jadi terpaksalah diuabah suai. Hasilnya tak mengecewakan. Rase lemak kacang dalam ayam membuatkan kite hanya mampu teruskan suapan demi suapan. Hehehe..Hinggakan penambahan nasi berlaku pada hari itu..Hahaha..gemuk la terus-terusan gini..:)

Sesekali pengambilan makanan berasaskan kacang nie kite masukkan dalam masakan bagus juga. Selain penambah rasa keenakkan masakan, ia juga penambah khasiat dalam makanan juga. Makanan yang berasaskan kacang tanah ini mengandungi  protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, vitamin B kompleks dan fosforus. Dan tahukan kamo-kamo semua minyak dari kacang tanah merupakan ejen pencuci perut yang sangat baik malah bagi kalangan ibu yang menyusukan bayi pengambilan kacang tanah yang dipanggang dan diminum dengan susu kambing membantu penghasilan susu yang banyak. Sangat baguskan..Apa yang dijadikan oleh Allah S.W.T sesungguhnya sangat terbaik buat mahkluk ciptaanNya.:)..Sedikit tazkirah dari kite..hehehe..


 Jom cek resepi.mane tau nanti kot2 berkenan dek hati, leh cube nanti. 

Bahan - bahan :

1/2 ekor ayam (potong ikut suke dan goreng sekejap)
2 sudu besar mentega kacang
20 biji cili padi hijau (belah dua je)
2 biji bawang merah (belah 4)
4 ulas bawang putih ( ketuk2 je)
2 biji lada besar merah (potong panjang)
1 biji lobak (bajikan)
1 batang serai
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
 
Cara menyediakan :

1.Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga cengkih sehingga naik bau.

2. Masukkan bawang putih, serai dan cili padi dan tumis dan tumis seketika kemudian masukkan mentega kacang dan tumis sehingga cair dan api hendaklah perlahankan sedikit.

3. Kemudian masukkan ayam, lobak dan lada besar merah. Tumis sehingga masak dan perasakan dengan bahan perasa dan sedia dihidangkan.

* Nk sedap lagi biarkan kering. Makan ngan roti sebagai sarapan pun sgt sesuai.

Selamat Mencuba!!!