Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Isnin, 10 Jun 2013

Ayam Percik

Assalammualaikum



Mood masih dalam cuti walau dah mula naik bertugas. Hush..malasnye..Task yang tak pernah habis. Bossssaaaannn tahap gile..huh..Totally cuti2 kali nie bersantai dirumah meluangkan masa untuk  pengarang jantung my little baby, Atuf dan cuti kali nie mood mengemas datang untuk Ramadhan yang bakal menjelang nanti.. Mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna dan barakah buat diri dan sekeluarga. Berharap juga Syawal nanti adalah syawal yang terbaik buat saya. Amin.


So, bile dah spent time kat rumah of courselah kene masak2 kan. Disebabkan aktiviti mengemas sangat sangat memenatkan maka aktiviti masak kene lah yang simple saja. Alkisahnya jadilah ayam percik saya yang sangat simple dan sedap hingga menjilat ibu jari kaki…hehehe..tekan lif pastu naik sendiri.

Resepi yang sangat simple dan buat sang pemalas macam saya..kuikuikui..


Bahan-bahannya:

1 bahagian peha ayam
3 ulas bawang merah kecil
3 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih
6 tangkai lada kering
1cm halia
1cm kunyit
1 batang serai
½ cawan santan
2 sudu minyak
3 sudu air asam jawa
2 daun limau purut

Cara menyediakannya

1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyak kemudian masukkan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan, air asam jawa, daun limau purut dan ayam.
5. Masukkan garam, mr. aji dan gula sesedap rasa.
6. Kacau sekali sekala dan angkat ayam bila dah separuh masak.
7. Masukkan ayam dalam pemanggang atau ketuhar.
8. Panggang sehinga masak.
9. Kuah percik tadi biarkan sehingga pekat  dan hidangkan bersama ayam yang dipanggang.
10. Siap.



Selasa, 21 Mei 2013

Dark Chocolate Cupcakes with Cheese

Assalammualaikum..


Dark Chocolate Cupcake with Creamchesse

BAHAN-BAHAN CUPCAKE:

2 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik

1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
2 cawan cip coklat
1 cawan susu segar
3 biji telur besar
1 sudu kecil esen vanilla




BAHAN-BAHAN CHEESE:

250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
60 gm gula kastor
1 camca teh jus lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 biji telor gred A 





CARA MENYEDIAKAN:


1) Satukan tepung, serbuk penaik dan serbuk koko kemudian diayak sebanyak 3 kali.


2) Dalam bekas yang sama satukan gula kastor  dan cip coklat dan ketepikan.

3) Telur dipukul sehingga kembang. Kemudian masukkan susu dan minyak dipukul sehingga kembang sekali lagi.


4) Setelah cecair kembang, masukkan sedikit demi bahan kering yang telah disatukan sehingga digaul rata dan diketepikan.

5) Dalam bekas yang berlainan, pukul telur  dan gula sehingga kembang. Masukkan creamcheese dan dipukul sehingga kembang dan sebati.

6) Masukkan parutan kulit lemon dan jus lemon. Dan gaul sehingga sebati

3) Sudukan kedalam acuan muffin secara berselang seli dan bakar selama 15 minit pada suhu 180C.