Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Selasa, 21 Mei 2013

Dark Chocolate Cupcakes with Cheese

Assalammualaikum..


Dark Chocolate Cupcake with Creamchesse

BAHAN-BAHAN CUPCAKE:

2 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik

1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
2 cawan cip coklat
1 cawan susu segar
3 biji telur besar
1 sudu kecil esen vanilla




BAHAN-BAHAN CHEESE:

250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
60 gm gula kastor
1 camca teh jus lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 biji telor gred A 





CARA MENYEDIAKAN:


1) Satukan tepung, serbuk penaik dan serbuk koko kemudian diayak sebanyak 3 kali.


2) Dalam bekas yang sama satukan gula kastor  dan cip coklat dan ketepikan.

3) Telur dipukul sehingga kembang. Kemudian masukkan susu dan minyak dipukul sehingga kembang sekali lagi.


4) Setelah cecair kembang, masukkan sedikit demi bahan kering yang telah disatukan sehingga digaul rata dan diketepikan.

5) Dalam bekas yang berlainan, pukul telur  dan gula sehingga kembang. Masukkan creamcheese dan dipukul sehingga kembang dan sebati.

6) Masukkan parutan kulit lemon dan jus lemon. Dan gaul sehingga sebati

3) Sudukan kedalam acuan muffin secara berselang seli dan bakar selama 15 minit pada suhu 180C.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan