Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Jumaat, 30 November 2012

Cajun Lamb Steak

Assalammualaikum.




Hari nie maybe balik kampung..Weee...rindunye...X sabo dah nie..2 minggu x balik..jiwa dah memberontak nie..Nanti cek resepi k..Jangan lupa..





First time masak lamb steak. Sedap dan nak lagi...





Cuba tau!!!

BAHAN-BAHAN  STEAK :

Daging kambing yang sesuai untuk di buat steak
4 sudu rempah cajun (McCormix)
1 sudu minyak zaitun

CARA MENYEDIAKAN :

1. Perap daging dengan rempah cajun semalaman atau 2 jam.
2. Grillkan sehingga masak atau mengikut citarasa anda.

BAHAN-BAHAN SOS :-

sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu lada hitam di tumbuk halus
1 ulas bawang putih didadu halus
1/3 biji bawang bombay didadu halus
1/2 sudu serbuk lada putih
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
Bahan perasa

CARA MENYEDIAKAN :

1. Dengan menggunakan minyak dan lebihan semasa grill. Tumis bawang, lada hitam dan tepung sehingga naik bau dan keperangan. 
2. Masukkan air dan lada putih dan kacau sehingga pekat.
3. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar dan sedia dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan