Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Khamis, 6 Oktober 2011

JERING GULAI LEMAK CILI PADI


Salah satu ulaman yang kite suke sesangat... Kalau yang mude 2 lagi kite suke.. Nie kalau pekena ngan nasi hangat..ummmmmm...confirm lupe dunia seketika k.. Letak lak lada kaw2 nye... haish....jarum dacing pun leh tercabut macam nie.. hehehe..Jom kongsi resepi nie :-



BAHAN-BAHANNYA :-

200 g jering tua (kalau yang dh bercambah 2 lagi best)
1 biji kelapa (santan)
1 genggam ikan bilis
1 genggam cili padi*
2 cm kunyit hidup*
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping

CARA MEMBUATNYA :-

1. Bersihkan jering dari kulit luarnya dan tumbuk sedikit.
2. Perah kelapa sebanyak dua kali. Dan asing kan perahan pertama dan kedua.
3. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
4. Masukkan perahan santan kedua kedalam kuali diikuti oleh serai yang dititik dan bahan yang ditumbuk lumat tadi juga ikan bilis.
5.  Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan jering dan biarkan seketika mengikut tahap kelembutan yang syg2 semua nak k. 
6. Rasakan gulai dengan garam dan asam keping. Sesiapa yang suke ajinamoto boleh masukkan aji jg. 
7. Kurangkan nyalaan api dan tuangkan perahan santan pertama dan daun kunyit yang disiat2 rawak k.
8. Sentiasa kacau gulai supaya tidak pecah minyak k sehingga gulai masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan