Iklan nuffnang

Fruity Strawberry Heart

Jumaat, 18 November 2011

KUIH TALAM CHACHA


Assalammualaikum...

Lately nie..kurang sikit post entri..
Banyak entri resepi yang tertunda...
Hopefully, lepas nie segalanye akan seperti biasa..
Kite cube masukkan entri sebanyak yang mampu k..
Ape pun mai cube resepi nie..
Sangat sedap... Terase kelemakan kuih nie..
Kite dapat resepi nie dari kak azlita
kite mohon  copy and paste kt sini..



BAHAN-BAHANNYA :-

Bahan Lapisan Atas dan Bawah

Bahan A
100 gm gula Melaka
100 gm gula merah
50 gm gula pasir
500 ml air
1 helai daun pandan – disimpul

CARA MEMBUATNYA :-

1. Bahan-bahan di atas di masak atas dapur hingga gula larut. Kemudian tapis.

Bahan B

120 gm tepung beras
60 gm tepung gandum
250 ml santan pekat / santan kotak
2 biji telur
1 sudu makan tepung ubi
1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA :-
 
1. Satukan semua bahan dan kacau rata.

2. Kemudian tuangkan bahan A yang telah di tapis tadi. 
3. Masak bahan ini atas dapur dengan api perlahan sambil di kacau hinga berwap.
4. Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yg sama banyak.
5. Sediakan loyang berukuran 10 inc di alas plastik dan di leser loyang dan plastik lapit tadi dengan sedikit minyak makan.
6. Tuangkan 1 bahagian adunan tadi dan tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium.
7. Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu tadi.
8. Kukus selama 15 minit.

Bahan Lapisan Tengah
170 gm tepung beras
50 gm gula pasir
250 ml santan pekat
650 ml air
1 sudu makan tepung kacang hijau (green Pea)  / tepung jagung
1/2 sudu teh garam
80 gm cha-cha

CARA MEMBUATNYA :-
 
1. Untuk membuat lapisan tengah, satukan semua bahan kecuali cha-cha.
2. Tapis kedalam periuk dan masak atas api perlahan sambil dikacau hingga ia berwap.
3. Kemudian masukkan cha-cha yang telah di cuci bersih.
4. Kacau sebati.
5. Apabila lapisan pertama tadi masak.
Tuagkan pula lapisan tengah.
6. Masak lagi selama 15 minit.
7. Apabila telah masak tuangkan semula lebihan lapisan bawah yg berwarna coklat tadi dan 
8. kukus semula kali ni lama sedikit anggaran 30 minit atau sehingga kuih benar2 masak.
9. Tunggu kuih benar2  sejuk barulah di potong.
10. Gunakan pisau plastik yg telah di oles dengan minyak untuk memotong kuih talam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan